Tuesday, December 18, 2007
Hari Bahagia.... Memory of 11 Disember 2007
Trip to the Zoo Negara.....
Tanggal 11 Disember yang lalu .. kami ke Zoo Negara.. memberi pendedahan pada si jantung hati kami mengenai dunia haiwan.... punya la excited si Alif ni bila tahu rupa sebenar elephant (atau Elly dlm cartoon pujaannya Pocoyo) hehehhe barulah dia tahu binatang yang namanya Zirafah.. Singa.. Ular (Snake) Burung.. dan macam2 lagi.. pengalamannya menaiki keretapi zoo ( atau dipanggilnya Thomas) dan macam-macam lagi.. Trip ini sememangnya tidak dirancang.. walau apapun ia telah bejalan dengan baik sekali... Amin..
Sesungguhnya satu kenikmatan apabila melihat seseorang yang kita amat sayangi gembira dengan perkara yang dilakukan bersama...
Thursday, December 6, 2007
December.... in My Memory...
December..?? Kenapa dengan bulan ni??
Nak kata Bulan Kemerdekaan .. bukan.... Bulan Raya.. alahai cuma Raya Haji je.. Bulan dapat gaji?? ermm tiap2 bulan dpt gaji (kalo keje la..) ermmm ape yea??
Hahah pada orang lain mungkin ia hanya bulan-bulan biasa... tapi pada Noran and me... it's Memory Month in Our Life.. Dalam bulan ini juga kami disatukan daripada hanya sepasang kekasih menjadi satu hubungan yang sah untuk hidup bersama melayari bahtera kehidupan sebagai satu keluarga...wahh bersastera pulak la aku ni..
Anyway.. 3 tahun yg lepas dalam bulan ini juga kami diraikan bak
Raja dan Permaisuri.. disambut dengan penuh kesyukuran keatas nikmat Tuhan menghubungkan 2 keluarga jauh dan berlainan negeri telah di Takdirkan oleh Ilahi...
Samada ia menjadi hanya sejarah atau diingati dengan penuh kasih sayang... kita tunggu saja harinya...
Tungguuu..............
Nak kata Bulan Kemerdekaan .. bukan.... Bulan Raya.. alahai cuma Raya Haji je.. Bulan dapat gaji?? ermm tiap2 bulan dpt gaji (kalo keje la..) ermmm ape yea??
Hahah pada orang lain mungkin ia hanya bulan-bulan biasa... tapi pada Noran and me... it's Memory Month in Our Life.. Dalam bulan ini juga kami disatukan daripada hanya sepasang kekasih menjadi satu hubungan yang sah untuk hidup bersama melayari bahtera kehidupan sebagai satu keluarga...wahh bersastera pulak la aku ni..
Anyway.. 3 tahun yg lepas dalam bulan ini juga kami diraikan bak
Raja dan Permaisuri.. disambut dengan penuh kesyukuran keatas nikmat Tuhan menghubungkan 2 keluarga jauh dan berlainan negeri telah di Takdirkan oleh Ilahi...
Samada ia menjadi hanya sejarah atau diingati dengan penuh kasih sayang... kita tunggu saja harinya...
Tungguuu..............
Friday, November 30, 2007
Minggu Tension Sedunia
Apelah salah aku pada org2 kat opis aku minggu ni... ape teguran aku ni kasar sgt ke...??? dah lama sangat aku bersabar.. makin lama.. bos dan officer lain kat sini semua jadi demanding.. ke aku yg tak menerima keadaan seadanya.. aduhai.. tension... hanya kerana bende remeh boleh kuar 2 memo yg paling hampeh skali aku pernah jumpa... satu dari bos yg tak ade hati perut dan satu lagi dari officer yang tak tau malu... x dpt bezakan kegunaan peribadi atau kegunaan rasmi... malunya aku nak mengaku rakan sekerja.. sepanjang tempoh perkhidmatan aku dlm kerajaan dah 5 tahun.. ini la baru jumpa jenis manusia macam ni.. aduuhai...
HARI NI AKU AKAN HANTAR REPORT YG BOS NAK.. PASS TU AKU NAK CHIOW.. TEPAT KUL 4 AKU BAGI THEN BLAH....
DOA MENGHADAPI TEKANAN
اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ
Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia
يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،
وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku
إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟
Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?
إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،
غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي
Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu
أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،
وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ
Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat
أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya
لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى
Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha
وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله
Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
RUJUKAN
Wednesday, November 28, 2007
Wednesday, September 12, 2007
LeLaKi iNi.......
Kasih
Kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Nyanyian : Anuar Zain 2007
Besar sungguh pengertian lagu ini buat ku... malah aku amat menggilainya sejak akhir-akhir ini. Marah tak suami aku agaknya.. heheh yang pasti dia lelaki yang sama yang atas dgn yg bawah ni beza saiz je... acah korang je
Ramadhan Datang Lagi
Ramadhan 1428 H datang lagi... tak ku sangka.. kenangan aku melahirkan alif masuk tahun kedua.. Kala ini aku terkenang dikala aku kecil.. pasti mak sibuk pikir juadah ape untuk makan sahur yang pertama... tahun ini juga tahun kedua berpuasa jauh dari suami.. aduuhai.. ape la dia nak makan untuk sahur yea..
Ramadhan 1428 H datang lagi.. apepun aku redha ketentuanNya.. tiada siapa yang dapat menghalang dan mengubahnya...
Ramadhan 1428 H datang lagi.... harapan agar dapat melaluinya dengan sempurna sungguhpun kira manusia yang tak sesempurna mana...
Subscribe to:
Posts (Atom)