Friday, November 30, 2007

Minggu Tension Sedunia


Apelah salah aku pada org2 kat opis aku minggu ni... ape teguran aku ni kasar sgt ke...??? dah lama sangat aku bersabar.. makin lama.. bos dan officer lain kat sini semua jadi demanding.. ke aku yg tak menerima keadaan seadanya.. aduhai.. tension... hanya kerana bende remeh boleh kuar 2 memo yg paling hampeh skali aku pernah jumpa... satu dari bos yg tak ade hati perut dan satu lagi dari officer yang tak tau malu... x dpt bezakan kegunaan peribadi atau kegunaan rasmi... malunya aku nak mengaku rakan sekerja.. sepanjang tempoh perkhidmatan aku dlm kerajaan dah 5 tahun.. ini la baru jumpa jenis manusia macam ni.. aduuhai...

HARI NI AKU AKAN HANTAR REPORT YG BOS NAK.. PASS TU AKU NAK CHIOW.. TEPAT KUL 4 AKU BAGI THEN BLAH....


RockYou FXText



DOA MENGHADAPI TEKANAN


اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia



يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،
وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?


إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،
غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu


أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،
وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat


أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ

Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya


لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha


وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله

Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah

RUJUKAN

Wednesday, November 28, 2007